Wednesday, March 24, 2010
Sepi Itu Indah
Baru-baru ini aku disoal kenapa SEPI ITU INDAH? he he he, banyak maksud yang tersirat yang hendak aku ungkaikan, tetapi aku hanya mampu tersenyum kerana beliau tidak memahami apa yang aku terangkan. Sepi itu memang indah, walaupon mereka tidak bersependapat dengan aku tapi aku tidak kisah kerana hidup mereka tidak sepertiku, kita mempunyai corak kehidupan kita sendiri dan kita hanya mampu merancang tapi takdir telah tertulis dalam suratan kehidupan kita, dapatkah kita elak takdir yang ditentukan oleh-NYA? seharusnya kita mesti menerima dengan tenang dan tabah, dan percaya bahawa yang hidup kita takkan bersinar jika tiada ombak yang mendatang dan setiap detik ada pasang dan ada surutnya, seketika kita ketawa mesti ada tangisnya, sedetik kita merasa manisnya mesti kita merasa pahitnya kerana itulah rencah kehidupan, sejarah mengajar kita menjadi lebih dewasa dan atas kedewasaan kita itulah kita perlu menggunakannya ke jalan yang diredhai-NYA.
Apabila terbitnya mentari kita mengharapkan ianya menyinari alam ini dan apabila awan gelap datang kita mengharapkan ianya akan cepat berlalu tapi kita terlupa bahawa disebalik awan yang gelap itu mengandungi titisan air pabila ia turun berguguran membasahi bumi maka terhasillah satu warna pelangi yang indah. Memorabilia ini takkan kita lupakan kerana ianya amat indah untuk kita nikmati.
Thursday, March 11, 2010
Nokhtah dariku!
Wednesday, February 17, 2010
Reunion SMKM

maaf ler....jam tak betul! he he he.... tapi point tu betul!


antara yang hadir, tapi ramai lagi yang aku belum jumpa [-( harap dapat jumpa ampa lagi

Terima kaseh kerana sudi hadir...moga persahabatan kita kekal abadi!
Lepas jer main bowling kali lepak makan, mula2 pi kat kedai sala tomyam kot, lambat nak tunggu order, last2 semua sepakat kat pi makan kat fast food ( KFC )

Muka lapar.... hu hu hu

Last skali nah....makan tak ingat......
Akan ku tunggu Next Reunion SMKM
Sunday, January 31, 2010
Kerja lagi......

Friday, January 22, 2010
Wednesday, September 30, 2009
Ragam Manusia
Semalam hidup aku penuh dengan pelbagai kejutan dan tekanan dari pelbagai segi, aku pon tak tahu macam mana nak cakap yang aku tahu kepala otak aku dah tak berjalan lancar seperti selalu bebanan kerja dan tekanan hidup membuatkan aku tak tentu arah, nak hilangkan tekanan dengan bersukan membe2 aku plak tak de untuk kongsi masalah, sehingga la petang semalam membe aku ajak pergi sambut buffday party dia di MOIS PENANG. Aku rasa berat nak pergi, tetapi memandangkan aren banyak membantu aku so aku tak nak la kecikkan hati dia, maklum la perangai chinese boy memang sensitif sikit. so dia cakap nak jemput aku kat opis pada kul 10 mlm, lepas je jemput aku kul 10 PM kami pon bertolak ke penang, hujan sepanjang perjalanan membuatkan aku rasa sejuk jerk. Dalam kepala otak aku duk fikir macam mana agaknya sambut birthday party kat kelab malam erk. Aku memang la pernah masuk tapi situasi skrg tak sama macam mana situasi aku dahulu. Pukul 11.10 pm kami berdua pon sampai kat MOIS PENANG, bila masa nak masuk je pintu kelab tersebut member2 aren dah ramai yang menanti, ramai juga amoi penang yang tunggu aren, maklum la...anak orang kaya. Dalam kelab malam tersebut aku lihat bermacam ragam manusia ada kaum india, cina malahan melayu pon ada, yang lebih menyedihkan aku kaum melayu beragama islam minum arak macam minum air kosong jerk, perempuan plak tu ada yang bercium dan macam2 lagi la... jauh benar mereka tersasar. Sedih aku lihat muda-mudi zaman sekarang, nak cakap tak cukup didikan tak mungkin sebab zaman sekarang dunia tanpa sepadan dan macam2 ilmu boleh didapati dengan mudah. Aku just layan jer melihat ragam mereka, yang pasti aku tahu yang mana buruk dan yang mana baik. kat sini aku sempat rakam ragam mereka.
Leka juga aku melihat mereka, sampai tak sedar jam dah pukul 3.30 am, aku pon ajak aren balik, mabuk teruk juga la budak cina neh, tapi tak per la...aku ada untuk bawa dia balik.
Friday, September 25, 2009
sampai jer kat TOTAL FUTSAL terus makan eskrem... sebab agak panas lorh.....
neh la gadis kamera yang di import dari penang... hu hu hu... sahabat aku yang paling rapat ok..
Wednesday, August 26, 2009
Tiket keretapi
Cikgu Dengan Pensyarah
Si pensyarah memulakan soalan nya Berapakah jarak antara Bumi ke bulan dan ke planet marikh balik ke bumi..Si guru sememangnya tidak mengetahui jawapanya. Tanpa berfikir panjang jawapannya si guru terus memberikan RM5 kepada si pensyarah. Si pensyarah tersenyum gembira lalu berkata Sekarang giliran kamu pula..tanyalah apa-apa soalan pun Si guru berfikir sejenak lalu berkata erm ok... soalan nya..Apa benda yang naik ke gunung berkaki 3 tetapi apabila turun dari gunung berkaki empat... Si pensyarah berkerut seketika memikirkan jawapan nya..lalu mengeluarkan notepad untuk mengira sesuatu..tidak jugak mendpat jawapan..lalu membuka laptop nye surfing ke enklopedia tetapi tidak juga mendapat jawapannya. Setelah hampir sejam masih tidak mendapat jawapan..Si guru naik bosan menunggu menyambung termenung melihat permandangn di luar keretapi. Akhirnya si pensyarah berputus asa lalu mengeluarkan duit sebanyak RM50 dan memberikan kepada si guru. Si guru menyambut nya dengan girang... .Lalu terus memandang ke arah tingkap dan menyambung tenunganya ke permandangn di luar..Tiba-tiba si pensyarah bersuara..Nanti dlu... kamu tidak boleh buat saya macam ni... Apakah jawapan kepada soalan kamu tadi? Si guru melihat tenang ke arah si pensyarah lalu menghulurkan kepadanya RM5.
Saturday, August 22, 2009
Selamat Menyambut Bulan Ramadhan
Kita lebih tahu apa itu 14 Febryari daripada 12 Rabiulawal,
Kita lebih suka melepak tengok tv dari menunaikan Solat,
Kita lebih suka menyebut Hello dari memberi salam 'Assalamualaikum',
Kita lebih suka menyanyi dari berwirid atau berzikir,
Kita lebih suka pergi ke konsert dari mendengar ceramah agama,
Bila kita ditanya kemanakah kita apabila MATI nanti pasti semua menyebut ke 'SYURGA' dari 'NERAKA'
Tetapi adakah kita terfikir, layakkah kita untuk ke syurga?Mari kita renungkan bersama. Semoga bulan ramadhan ini memberi keinsafan dan cahaya kepada kita.
Selamat Berpuasa kepada semua umat islam diluar sana.
Saturday, August 15, 2009
Kerja Kerja Kerja
Pagi neh aku nak tido tapi takut tak bangun plak kul 0800 hrs nanti... nak berjaga pon mata aku dah tak larat nak buka neh... tapi aku kena la gagah jua sebab 'orang lama' pon aku tengok steady jer... aku takkan mengalah... he he he....kerja tetap no 1... awek aku no-2 he he he walau pon aku masih lagi tak de awek....he he he... salamzzz
Tuesday, July 28, 2009
Mati Hidup Kembali
Setelah selesai kerja dan sampai di rumah aku termenung seketika, kalaulah peluru itu betul2 terkena pada badan aku entah dimana akan aku berada, aku terus telefon pegawai aku dan beritahu bahawa aku minta on leave sehari kerana kurang sehat padahal otak aku berkecamuk memikirkan pasal kejadian awal pagi tadi. memang ngeri bila aku teringatkan kejadian tersebut. Selepas selesai mandi aku masuk pejabat untuk selesaikan fail-fail dan terus pergi ke Lumut untuk merehatkan diri serta cari ketenangan otak seketika. Yang penting aku masih bernyawa dan bernafas untuk menghirup udara segar, SYUKUR YA ALLAH, KAU PANJANGKAN UMUR UMATMU INI.
Tuesday, July 21, 2009
Snuker
macam profesional jerk har har har
gaya-gaya 'long shoot'
thanx korang sebab belanja aku main free ha ha ha
Kerja
keta aku pon nak masuk sama, ha ha ha