Wednesday, August 26, 2009

Tiket keretapi

Tiga orang guru matematik dan tiga orang guru sains pergi kursus bersama menaiki keretapi. Di stesen keretapi tiga orang guru matematik membeli tiket mereka masing-masing tetapi guru2 sains pula hanya membeli satu tiket sahaja. "Macamana kamu boleh pergi kalau hanya beli satu tiket untuk kamu bertiga?"..Tanya salah seorang guru matematik kepada guru sains... "Kamu tengok jela nanti" Jawab guru sains ringkas. Mereka berenam menaiki ke dalam keretapi. Guru2 matematik duduk di tempat masing-masing dan kelihatan guru2 sains berhimpit2 masuk ke dalam bilik air. Setelah keretapi bertolak konduktor keretapi berjalan mengutip tiket, dia mengetuk pintu bilik air dan berkata "TIKET!..TIKET!". Pintu terbuka dan hanya sebelah tangan kelihatan menghulurkan tiket. Konduktor tersebut mengambil dan beredar. Guru matematik melihat adegan tersebut dan merasa bahawa guru2 sains tersebut amat bijak. Setelah selesai kursus guru2 matematik ingin mencuba cara guru sains buat lalu hanya membeli satu tiket untuk pulang. Tetapi yang pelik nya guru2 sains tersebut lansung tidak membeli walau satu tiket... Lalu guru2 matematik kehairanan dan bertanya "Macamana kamu nak balik kalau lansung tidak membeli tiket?"..Dengan bongkak guru sains menjawab "korang tengok je la nanti"... Setelah mereka menaiki keretapi guru2 matematik berhimpit di bilik air dan guru2 sains juga berhimpit masuk ke dalam bilik air yang lain. Dan keretapi pun bertolak... Setelah seketika salah seorang guru sains keluar dari bilik air dan pergi kedepan pintu bilik air yang guru2 matematik bersembunyi. Guru sains itu mengetuk pintu bilik air tersebut dan berkata "TIKET..TIKET"... .

Cikgu Dengan Pensyarah

Ada dua orang lelaki dalam perjalanan menaiki keretapi. Salah seorang adalah seorang guru di sekolah menengah dan seorang lagi pensyarah di sebuah universiti. Mereka duduk bersebelahan . Si guru menghabiskan masa nya didalam keretapi hanya dengan termenung ke arah tingkap keretapi dan menikmati permandangan diluar. Manakala si pensyarah resah seketika kerana tidak dapat membuat apa dan memikir kan apa-apa. Akhirnya si pensyarah sangat bosan lalu berkata kepada si guru, Hai... apa kata kite bermain sesuatu permainan ... saya amat bosan.. Terkejut seketika si guru tetapi tidak mengendah kan si pensyarah lalu menyambung tenungannya itu kearah tingkap keretapi dan mendiamkan diri. Si pensyarah tergaman dan sekali lagi mengajak si guru bermain permainan Hey awak nk bermain satu permainan kuiz tak... Saya bagi satu soalan kalau awak tk dpt jawab awak bagi saya RM5 dan awak tanya saya satu soalan kalau saya tk dpt jawab saya bagi awak RM5 Si guru terfikir seketika..tetapi apabila memikirkan dia adalah pensyarah universiti mestilah lebih bijak daripadanya. Dengan sopan die menolak pelawaan si pensyarah. Si pensyarah agak geram dan kecewa dan cuba untuk kali terakhir.. Ok kalau cmtu macam ni..saya bagi satu soalan kepada awak..awak tk dpt jwb awk byr saye RM5 dan awk bagi soalan kat sya kalau sya tk dpt jawab saya kene byr awk RM50 Si guru terfikir..dia sememangnya tidak terlalu bijak dari pensyarah tetapi dia tidak bodoh. Lalu menerima perlawaan si pensyarah.
Si pensyarah memulakan soalan nya Berapakah jarak antara Bumi ke bulan dan ke planet marikh balik ke bumi..Si guru sememangnya tidak mengetahui jawapanya. Tanpa berfikir panjang jawapannya si guru terus memberikan RM5 kepada si pensyarah. Si pensyarah tersenyum gembira lalu berkata Sekarang giliran kamu pula..tanyalah apa-apa soalan pun Si guru berfikir sejenak lalu berkata erm ok... soalan nya..Apa benda yang naik ke gunung berkaki 3 tetapi apabila turun dari gunung berkaki empat... Si pensyarah berkerut seketika memikirkan jawapan nya..lalu mengeluarkan notepad untuk mengira sesuatu..tidak jugak mendpat jawapan..lalu membuka laptop nye surfing ke enklopedia tetapi tidak juga mendapat jawapannya. Setelah hampir sejam masih tidak mendapat jawapan..Si guru naik bosan menunggu menyambung termenung melihat permandangn di luar keretapi. Akhirnya si pensyarah berputus asa lalu mengeluarkan duit sebanyak RM50 dan memberikan kepada si guru. Si guru menyambut nya dengan girang... .Lalu terus memandang ke arah tingkap dan menyambung tenunganya ke permandangn di luar..Tiba-tiba si pensyarah bersuara..Nanti dlu... kamu tidak boleh buat saya macam ni... Apakah jawapan kepada soalan kamu tadi? Si guru melihat tenang ke arah si pensyarah lalu menghulurkan kepadanya RM5.

Saturday, August 22, 2009

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan

Kita sebenarnya lebih gembira menyambut 1 Januani daripada menyambut 1 Muharram,


Kita lebih tahu apa itu 14 Febryari daripada 12 Rabiulawal,


Kita lebih suka melepak tengok tv dari menunaikan Solat,


Kita lebih suka menyebut Hello dari memberi salam 'Assalamualaikum',


Kita lebih suka menyanyi dari berwirid atau berzikir,


Kita lebih suka pergi ke konsert dari mendengar ceramah agama,


Bila kita ditanya kemanakah kita apabila MATI nanti pasti semua menyebut ke 'SYURGA' dari 'NERAKA'


Tetapi adakah kita terfikir, layakkah kita untuk ke syurga?Mari kita renungkan bersama. Semoga bulan ramadhan ini memberi keinsafan dan cahaya kepada kita.


Selamat Berpuasa kepada semua umat islam diluar sana.

Saturday, August 15, 2009

Kerja Kerja Kerja

fuhhh....penat aku kerja minggu neh... kira-kira aku sempat tido tak sampai 15 jam dalam 8 hari neh.... dah la dari kul 0700 hrs 7 hb tuh aku kerja sampai 0700 hrs 8 hb lepas jer abes kerja aku terus amek bus ke Kuala Lumpur join VF Futsal kat Total Futsal Pandan Perdana di Cheras, (nanti aku masukkan pic kat futsal) balik ke taiping plak kul 0120 10 hb pastu kul 0200 hrs 10 hb tuh aku terus kerja sampai la ke ptg...pastu kena naik mahkamah turun mahkamah pasal kes ganja itu ari.. penat aku ngan member aku wat kerja... aku bukannya nak mengeluh ataupon nak pertikaikan kerja aku, cuma aku tak puas hati sebab kerja teruk tapi badan aku makin naik.... ha ha ha ha.... tapi aku sukakan cabaran...aku sker kerja yang mencabar...kekadang tak kerja pon aku tido lewat...hari neh pon abes kerja aku lepak2 kat warung mamak ngan member aku pastu balik aku update blog, nak main PS2 pon tak de geng nak lawan bola...he he he... dah lama gak la aku tak layan PS2 aku tuh.. nak main pon dah rasa macam kekok jerk... he he he...

Pagi neh aku nak tido tapi takut tak bangun plak kul 0800 hrs nanti... nak berjaga pon mata aku dah tak larat nak buka neh... tapi aku kena la gagah jua sebab 'orang lama' pon aku tengok steady jer... aku takkan mengalah... he he he....kerja tetap no 1... awek aku no-2 he he he walau pon aku masih lagi tak de awek....he he he... salamzzz