Monday, June 29, 2009

26-06-2009







Rasanya dah setahun lebih aku tak main bowling, tiba-tiba je aku rasa nak je join is (tombaks), yana(yanafuziana) ngan tahir(hilangcarijumpa) main bowling kat Megamall Penang, walaupun kerja kat office masih lagi bertimbun nak kena buat tapi aku tinggalkan kejap meja aku yang berselerak itu untuk release tension kat Penang.


Walaupon aku dah lama tak main tapi point aku tak de la seteruk mana... cecah juga 100 ke atas....game pertama yana menang, masuk je game kedua aku plak la yang menang.... ha ha ha ( bangga diri kejap )




Selepas je main bowling kami meneruskan meeting pasal Mini Gathering Penang di Kapitan Perda. Sedap makanan disana, rugi aku tak tangkap gambar makanan di sana.



18-6-2009



Seharian kerja membuatkan aku rasa penat dan lemah seluruh badan, nasib baik la ada pemandangan hijau yang membuatkan aku kembali bertenaga semula untuk kerja... lama tak update blog aku neh, maklum lah sibuk dengan kerja dan Mini Gathering yang akan berlangsung pada 3hb julai hingga 5hb julai 2009. Tak sabar rasanya nak tunggu event tu nanti... abes la mereka nanti kena buli dengan team buli penang.

Monday, June 15, 2009

Sepi Itu Indah



Huh, penat betul kerja ari neh, banyak lagi kerja yang perlu aku siapkan untuk minggu neh, tapi dah nama pon kerja, mesti la kena buat. he he he.
Hari ni tiada apa yang menarik untuk dikarangkan cuma ramai yang tanya aku mengapa Sepi Itu Indah? mungkin diorang tak faham bahawa aku memang suka sepi.. tak ramai yang faham dengan perangai aku, cuma arwah atuk aku je yang faham dengan perangai aku.
Budak2 tempat aku kerja pon selalu perli aku Sepi Itu Indah. Aku senyum ajer, memang diorang takkan faham bahawa aku tidak suka dikasihi dan disayangi sebagai KEKASIH, tak tahu kenapa tetapi aku memang tidak ambil kisah sangat pasal CINTA neh. Orang tua aku kat kampung pon asyik desak aku kawen ajer, aku bukannya tak nak kawen, tapi calon tak de....mungkin jodoh belum sampai lagi kot, itu aja alasan aku pada mak dan ayah aku.
Aku lebih senang keluar sorang2 ikut aku aja kemana aku nak pergi dan buat, takde sapa peduli aku balik atau tak, aku tak suka dikonkong dan diarah itu ini. Tetapi cakap org tua kena la patuh he he he, bila berjalan sesorang neh macam2 benda yang ingin aku buat, terutama sekali tangkap gambar pemandangan dan ciptaan-NYA. Bila lihat ciptaan-Nya aku merasa diri ini amat kerdil sekali. Alangkah indah alam ini tapi kita manusia selalu merosakkan kurniaan yang telah diberikan kepada kita.
Sepi itu indah jika kita mendalami sedalam dalamnya tentang kurniaan yang telah ALLAH berikan kepada kita ( umatNYA ) ramai antara kita tidak pernah syukur dengan apa yang kita ada, memang kita patut mencari kebahagiaan duniawi tetapi jangan sesekali kita alpa tentang bekalan kita untuk dunia yang kekal abadi. Kita tidak tahu bila dan dimana ajal kita, sebab itu lah kita perlu menikmati kurniaan dan mensyukuri nikmat yang telah ALLAH berikan.
Untuk sahabatku iela @ ros aku berdoa agar kau tabah dan dan sabar mengharungi kehidupan yang pebuh pancaroba ini, walaupon sedih tapi kentalkan hati depan adik2 kerana kalau kita lemah orang disekeliling kita pon akan lemah sekali. Memang perit dan hebat tamparan yang kau hadapi aku pon pernah merasakan apa yang kau alami sekarang cuma aku pinta agar kau kuatkan semangat kau demi adik2 kau. Mereka sekarang cuma ada kau sahaja sebagai tempat untuk meluahkan perasaan mereka. Aku harap kau faham dan sayangi mereka sepertimana arwah emak kau layani mereka. Jangan sesekali lupa sedekahkan Al-Fatihan untuk arwah dan doakan semoga arwah ditempatkan dikalangan orang yang beriman. AMIN.

Takziah Buat Iela

14/6/2009 @ 0909 Hrs

Terkejut aku pagi tadi apabila dapat SMS dari mell mengatakan mak ielakiut telah meninggal dunia. Walaupon dalam menjalaskan tugas harian aku tetap gagahkan diri ini untuk pergi melawat iela di Gerik, yang jadi masalah aku sekarang adalah transport nak kesana kerana kereta aku masuk Proton Services, adui..pening plak kepala nak pikir, nasib baik la ada kereta foreman leh pinjam :)

14/6/2009 @ 1000 hrs


Aku dalam perjalanan dari Taiping ke Gerik, walaupon buat pertama kali aku menyusuri jalan lama ke Gerik tapi aku bertawakal je semoga perjalanan aku ini mendapat rahmat daripada-Nya. Akhirnya sampai juga aku kat Hentian PERAH untuk menunggu bro tahir ( hcj ) penyu ngan mell. Sementara menunggu diorang sempat aku sarapan kat situ dulu... he he he.

14/6/2009 @ 1135 hrs


Akhirnya sampai juga diorang. Kami pon gerak la ke rumah iela. Sesampai ja kat rumah iela suasana sedih menyentap hatiku. Teringat aku pada arwah atuk aku time dia meninggal 2 tahun lepas, ramai juga yang hadir kat rumah iela, Alhamdulillah...semua penduduk kampung tersebut saling bantu membantu, itulah semangat orang kampung yang membuatkan aku amat kagum lihat, tak kira susah atau senang diorang tetap ada disisi kita. Nih ader beberapa keping gambar yang sempat aku amek.



penyu ngan mell


Penyu sempat lagi layan perasaan dia.

as ngan adik dia pon ader


Penyu kontrol ayu


14/6/2009 @ 1545 hrs


Setelah selesai jenazah arwah selamat dimandikan dan disembahyangkan di masjid kami pon bertolak pulang ke destinasi masing-masing, sebelum tu kami singgah dahulu kat Hentian PERAH untuk menghilangkan dahaga.




Tak sangka plak aku mell minum sampai 2 gelas, tak cukup lagi tuh...siap beli air botol untuk top up dahaga dia he he he


SELAMAT TINGGAL HENTIAN PERAH

Sunday, June 14, 2009

Aku dan Mereka


Dengan kacak dan hensemnya, aku merasmikan blog aku yang tidak seberapa ini, asyik menelaah blog orang jer....blog aku tak juga siap² he he he, aku bukannya tak nak join blog neh..kekadang aku sibuk dengan tugasan harian, kekadang juga aku tak tahu apa yang hendak aku karangkan buat tatapan korang, tapi aku respek sama br0 Tahir yang tak jemu² UPDATE blog dia...he he he....!! Layan....!!!