Monday, June 15, 2009

Takziah Buat Iela

14/6/2009 @ 0909 Hrs

Terkejut aku pagi tadi apabila dapat SMS dari mell mengatakan mak ielakiut telah meninggal dunia. Walaupon dalam menjalaskan tugas harian aku tetap gagahkan diri ini untuk pergi melawat iela di Gerik, yang jadi masalah aku sekarang adalah transport nak kesana kerana kereta aku masuk Proton Services, adui..pening plak kepala nak pikir, nasib baik la ada kereta foreman leh pinjam :)

14/6/2009 @ 1000 hrs


Aku dalam perjalanan dari Taiping ke Gerik, walaupon buat pertama kali aku menyusuri jalan lama ke Gerik tapi aku bertawakal je semoga perjalanan aku ini mendapat rahmat daripada-Nya. Akhirnya sampai juga aku kat Hentian PERAH untuk menunggu bro tahir ( hcj ) penyu ngan mell. Sementara menunggu diorang sempat aku sarapan kat situ dulu... he he he.

14/6/2009 @ 1135 hrs


Akhirnya sampai juga diorang. Kami pon gerak la ke rumah iela. Sesampai ja kat rumah iela suasana sedih menyentap hatiku. Teringat aku pada arwah atuk aku time dia meninggal 2 tahun lepas, ramai juga yang hadir kat rumah iela, Alhamdulillah...semua penduduk kampung tersebut saling bantu membantu, itulah semangat orang kampung yang membuatkan aku amat kagum lihat, tak kira susah atau senang diorang tetap ada disisi kita. Nih ader beberapa keping gambar yang sempat aku amek.



penyu ngan mell


Penyu sempat lagi layan perasaan dia.

as ngan adik dia pon ader


Penyu kontrol ayu


14/6/2009 @ 1545 hrs


Setelah selesai jenazah arwah selamat dimandikan dan disembahyangkan di masjid kami pon bertolak pulang ke destinasi masing-masing, sebelum tu kami singgah dahulu kat Hentian PERAH untuk menghilangkan dahaga.




Tak sangka plak aku mell minum sampai 2 gelas, tak cukup lagi tuh...siap beli air botol untuk top up dahaga dia he he he


SELAMAT TINGGAL HENTIAN PERAH

3 comments:

Mimi^Smudge said...

alfatihah buat arwah bonda iela:(

EiLa said...

thanks la dtg mlawat aku ari tu..sori x dpt layan korang..:(

MeLyssa NaDiea MRY said...

eila..its ok..kami fhm..hrp ko tabah k =D