Tuesday, July 28, 2009

Mati Hidup Kembali

Mungkin betul kata orang tua-tua pantang maut sebelum ajal, hmmm...hari neh aku terasa seperti mati hidup kembali, aku dulu selalu gak bermain dengan senjata api tetapi entah kenapa semenjak dua menjak neh hati aku rasa kurang tenteram, mungkin ianya satu petanda tapi aku pon tak pasti apa yang berlaku pada diri aku sendiri, semalam aku kerana guide satu team dari cawangan narkotik bukit aman buat serbuan keatas sebuah rumah disyaki PUSHER besar area sini, lokasi rumah tersebut memang la aku tahu, so dalam kul 2030 hrs kami pon bertolak, sampai ke kat lokasi aku pon terus tunjukkan lokasi tersebut kepada team narkotik yang diketuai oleh ASP ********** ( terpaksa rahsia erk ) pegawai tersebut menyuruh kami 10 orang mengepung rumah tersebut manakala 3 lagi berada di luar kawasan bagi memerhati, setelah diintip dapati memang benar rumah tersebut adalah TARGET yang diorang ekori. Tanpa berlengah lagi pegawai tersebut terus menyerbu rumah tersebut dan mula la acara kejar mengejar, semasa kejadian kejar mengejar aku terdengar bunyi tembakan, alih-alih aku lihat peluru yang dilepaskan oleh penjenayah betul2 melalui tepi bahu aku, dengan pantas aku tunduk lalu mencari ruang serta POINTER untuk membalas tembakan. Selepas semuanya selesai kami membuat pemeriksaan di seluruh rumah dapati 91 ketul dipercayai ketulan mampat GANJA berat lebih kurang 86,822 gram.


Setelah selesai kerja dan sampai di rumah aku termenung seketika, kalaulah peluru itu betul2 terkena pada badan aku entah dimana akan aku berada, aku terus telefon pegawai aku dan beritahu bahawa aku minta on leave sehari kerana kurang sehat padahal otak aku berkecamuk memikirkan pasal kejadian awal pagi tadi. memang ngeri bila aku teringatkan kejadian tersebut. Selepas selesai mandi aku masuk pejabat untuk selesaikan fail-fail dan terus pergi ke Lumut untuk merehatkan diri serta cari ketenangan otak seketika. Yang penting aku masih bernyawa dan bernafas untuk menghirup udara segar, SYUKUR YA ALLAH, KAU PANJANGKAN UMUR UMATMU INI.

Tuesday, July 21, 2009

Snuker


Hari ni di pejabat aku memang stress dan tension, banyak sangat kerja yang aku kena buat, membe aku yang dua orang tu plak cuti.... adoi...time kerja bertimbun neh plak korang berdua cuti erk. neh mesti kes balas dendam sebab ari tuh aku cuti tinggalkan mereka berdua buat kerja, memang padan la muka aku. he he he, nasib baik la ader membe2 lama aku ajak kuar main snuker, mula2 nak main lucky ball tapi tak cukup 'kaki' plak nak main, terus kami main snuker dari kul 11 malam sedar tak sedar dah kul 4 pagi, aku pon terus minta stop sebab kerja kat pejabat ada lagi yang belum settle. Layan jer pic aku main, he he he
Juara tetap JUARA beb, he he he

macam profesional jerk har har har

gaya-gaya 'long shoot'

thanx korang sebab belanja aku main free ha ha ha

Kerja

Pagi tadi dalam pukul 0600 hrs pegawai @ boss aku tepon bagitau suruh amek beberapa B100 untuk digunakan bagi latihan dalam perkhidmatan, aku pon dah la semalam tak cukup tido, alih-alih awal pagi kena plak pi amek 'keta kebal' neh kat ipoh, memang angin la aku... tapi tak pe... dah kerja aku macam neh... aku nak buat macam mana, terima ajer la. Pukul 0700 hrs aku dah terpacak dengan keta aku untuk amek pemandu2 'keta kebal'. Sampai jer kat ipoh pada kul 0810 hrs aku pon suruh pemandu 'keta kebal' neh amek kunci dan bawa keta kebal neh kat tempat kerja aku. Dalam perjalanan tu punya la slow mereka bawa ( keta kebal leh bawa 40 km/h ) aku pon dah la ngantuk, time balik drive kete sesorang plak tu, memang mengantuk giler. Nasib baik ada teman 'Dunhill' untuk aku bertahan, sampai je kat tempat kerja aku pon suruh pemandu 'keta kebal' neh letak 'keta kebal' mereka dan balik rumah, sebab aku pon dah penat + mengantuk. Tak sempat nak balik tido boss aku plak panggil suruh siapkan dokumen jenayah sebab esok pagi dia nak meeting, adui la.. robot pon tahu gak rehat.

Keta kebal version 2020


keta aku pon nak masuk sama, ha ha ha


Monday, July 13, 2009

lepak

sebuk je bila aku nak snap

farhana dengan yus

lepas tension kat Starbucks


Wednesday, July 8, 2009

Mini Gathering Penang

gambar diwaktu penghujung acara mini gathering penang


thanx all sebab tanpa korang event ini takkan berjaya!!

ajak ajak ayam
seronok mereka membahan jaja

"i lap u la penyu" kata tombaks

"kami gei" laung pasangan ini ha ha ha

acara makan bersama

romantisnya
alahai...sehati sejiwa

tulipzbiru (in a relationship, with isONE7 ) @ isONE7 (in a relationship, with tulipzbiru )



Mini Gathering Penang

acara pembulian tetap diteruskan.... he he he

team 2paz tgh mencari mana checkpoint seterusnya.. he he he

cik intan payung....

team 2paz blur tgk 2paz berlakon he he he


kena denda sebab lewat sampai

istana pasir

istana pasir kumpulan SharkMa


selepas teruk membuli peserta para AJK pula dibuli



Tuesday, July 7, 2009

Mini Gathering Penang

Rasanya dah lama aku tak update blog aku neh... bln neh memang aku agak sibuk dengan kerja2 aku... bermula dari 3hb julai hingga 5hb julai aku bersama team buli penang mengadakan extreme race penang di Bayu Senja Batu Feringhi event neh memang best sehingga tuan director kena panggilan hangit, ha ha ha...sian kat ang penyu!!

antara peserta yang hadir memeriahkan Mini Gathering Penang 2009

aku pon dah malas nak karang... apa kata kalau kita layan jer pic masa mini gathering neh.


semua peserta sudah siap sedia

sarapan la dahulu sebelum kena buli... ha ha ha
tombaks yang kacak lagi hensem sebagai jurugambar

undi masuk peserta sedang dijalankan


race belum mula pon dah berpeluh ker? he he he

Dewacemburu dengan Zayura didenda kerana lewat sampai


Berdoa sebelum acara berlangsung


Berlangsungnya acara extreme race


Susahkan soalannya.....

Team Jimmie_Lee

salah satu tempat check point