Tuesday, July 28, 2009

Mati Hidup Kembali

Mungkin betul kata orang tua-tua pantang maut sebelum ajal, hmmm...hari neh aku terasa seperti mati hidup kembali, aku dulu selalu gak bermain dengan senjata api tetapi entah kenapa semenjak dua menjak neh hati aku rasa kurang tenteram, mungkin ianya satu petanda tapi aku pon tak pasti apa yang berlaku pada diri aku sendiri, semalam aku kerana guide satu team dari cawangan narkotik bukit aman buat serbuan keatas sebuah rumah disyaki PUSHER besar area sini, lokasi rumah tersebut memang la aku tahu, so dalam kul 2030 hrs kami pon bertolak, sampai ke kat lokasi aku pon terus tunjukkan lokasi tersebut kepada team narkotik yang diketuai oleh ASP ********** ( terpaksa rahsia erk ) pegawai tersebut menyuruh kami 10 orang mengepung rumah tersebut manakala 3 lagi berada di luar kawasan bagi memerhati, setelah diintip dapati memang benar rumah tersebut adalah TARGET yang diorang ekori. Tanpa berlengah lagi pegawai tersebut terus menyerbu rumah tersebut dan mula la acara kejar mengejar, semasa kejadian kejar mengejar aku terdengar bunyi tembakan, alih-alih aku lihat peluru yang dilepaskan oleh penjenayah betul2 melalui tepi bahu aku, dengan pantas aku tunduk lalu mencari ruang serta POINTER untuk membalas tembakan. Selepas semuanya selesai kami membuat pemeriksaan di seluruh rumah dapati 91 ketul dipercayai ketulan mampat GANJA berat lebih kurang 86,822 gram.


Setelah selesai kerja dan sampai di rumah aku termenung seketika, kalaulah peluru itu betul2 terkena pada badan aku entah dimana akan aku berada, aku terus telefon pegawai aku dan beritahu bahawa aku minta on leave sehari kerana kurang sehat padahal otak aku berkecamuk memikirkan pasal kejadian awal pagi tadi. memang ngeri bila aku teringatkan kejadian tersebut. Selepas selesai mandi aku masuk pejabat untuk selesaikan fail-fail dan terus pergi ke Lumut untuk merehatkan diri serta cari ketenangan otak seketika. Yang penting aku masih bernyawa dan bernafas untuk menghirup udara segar, SYUKUR YA ALLAH, KAU PANJANGKAN UMUR UMATMU INI.

9 comments:

Anonymous said...

Allahuakbar.. lega hati ni...alhmdlh awak slamat. sy bersyukur sgt.. lately ni tgk awak runsing je trs ingt awak..sujud syukurlah atas kurniaan nafas yg masih ada...ameen..

Mimi^Smudge said...

Wan..apa2 pon tahniah atas misi tu...dan lagi satu syukur pada Ilahi sebab umuq hg maseh panjang.. kiranya sempat la kami kawan2 nak makan nasik minyak hg nti..!!! bahaha

tp kan,ayat pertama hg tu awat sengal mcm Mellah...panjang maut sebelum ajal..

maut ne kalo panjang2 tandanya bela hantu..susah nak hbs..mehehe

mula la tu nak sengal mcm Mellah! syabas!

neway..thanks God u'r alive!

MeLyssa NaDiea MRY said...

Mungkin betul kata orang tua-tua panjang maut sebelum ajal, hmmm...hari neh aku terasa seperti....



knp panjang maut :(( bukan ke pantang maut :((

PenyuXP Professional said...

alhamdulillah... sib baik ang selamat.... meh penang laa tenangkan fikiran...

JaxkJs said...

mimi :: tgn aku menggeletar la masa karang :))


mellah lampi :: oit...ha ha ha

JaxkJs said...

penyu :: nanti bila free aku pi erk... ang bila nak wat nasi minyak weyh?

MeLyssa NaDiea MRY said...

hahahahhaa.....penyu..p la blog mel =P

PenyuXP Professional said...

bengong ngak aiihhh... nasi minyak apa.... nanti aku suh mamak gaul nasi ngan minyak.. mau....? :)) =))

JaxkJs said...

penyu :: ha ha ha.... ang marah kat sapa?