Thursday, March 11, 2010

Nokhtah dariku!

Aku rasa macam masa berlalu begitu cepat, 6 tahun aku kerja rasa macam baru 6 bln jerk, pejam celik umurku makin meningkat, mak ayah aku kat kampung dah mula mendesak aku, tapi aku rasa sekarang bkn masa yang sesuai untuk aku pikirkannya. Aku belum ready lagi nak pikul tanggungjawap itu! berikan lah aku sedikit masa dan ruang untuk aku hidup dengan cara aku, kekadang aku rasa macam aku tak punya kehidupan! membe opis aku pernah gak cakap, tak ramai orang memahami kerja macam kita neh, bila difikirkan balik betul juga, tapi takkan nak hidup dengan kerja jer? takkan aku nak berkawan ngan anggota polis jerk??? aku pon nak bergaul juga dengan membe2 aku yang lain, tapi masalahnya mereka agak kurang memahami kerja aku. kekadang aku sanggup tak tido kerana hendak ber-FACEBOOK dengan diorang, aku juga teringin nak lepak2 gelak2 dengan diorang, tapi aku hanya mempunyai DUA tangan, DUA kaki dan waktu berputar cuma 24JAM je SEHARI.

Bila aku rasa tanggujawap aku makin berat aku cuba untuk memperbaiki diri ini untuk jadi yang sempurna, tapi aku hanya manusia biasa, ada kelemahan dan kekhilafan, aku tak mampu nak tanggung kesemua tanggungjawap dan komitmen yang mereka berikan kepadaku. tapi aku ada keutamaan dan tanggungjawap yg besar iaitu pekerjaanku. Dalam kerjaku ini penuh dengan tekanan kerja dan bebanan yang ditanggung itu tak mudah untuk aku galas dan laksanakan dengan sempurna, tetapi aku sudah melakukan yang tebaik. Salah satu cara yang aku lakukan untuk release tension adalah dengan berborak dengan kawan2 di internet, kekadang mereka tak faham bahawa aku juga inginkan ketenangan, bukannya menjadi bahan kutukan TERLAMPAU yang mampu mengguris perasaan aku. Aku akui mulut aku memang agak jahat, tapi jahat2 aku pon aku takkan kutuk sampai malampau-lampau. aku amat hargai mereka tapi aku juga perlukan ruang untuk aku pergi jauh dari tekanan hidup ini.

yang pasti, aku doakan yang terbaik untuk korang, hanya itu yang aku mampu lakukan dari jauh. tahun ini agak mencabar bagiku kerana tahun ini yang akan menentukan perjalanan kerjaku di masa hadapan, kepada sahabat, rakan karib etc aku mohon keampunan dari korang sekiranya aku ada melakukan kesalahan yang membuatkan korang kurang senang dengan aku, dan aku minta halalkan segala makan minum yang korang berikan. Jika aku ada hutang minta korang ingatkan aku.

No comments: