Wednesday, September 30, 2009

Ragam Manusia

Semalam hidup aku penuh dengan pelbagai kejutan dan tekanan dari pelbagai segi, aku pon tak tahu macam mana nak cakap yang aku tahu kepala otak aku dah tak berjalan lancar seperti selalu bebanan kerja dan tekanan hidup membuatkan aku tak tentu arah, nak hilangkan tekanan dengan bersukan membe2 aku plak tak de untuk kongsi masalah, sehingga la petang semalam membe aku ajak pergi sambut buffday party dia di MOIS PENANG. Aku rasa berat nak pergi, tetapi memandangkan aren banyak membantu aku so aku tak nak la kecikkan hati dia, maklum la perangai chinese boy memang sensitif sikit. so dia cakap nak jemput aku kat opis pada kul 10 mlm, lepas je jemput aku kul 10 PM kami pon bertolak ke penang, hujan sepanjang perjalanan membuatkan aku rasa sejuk jerk. Dalam kepala otak aku duk fikir macam mana agaknya sambut birthday party kat kelab malam erk. Aku memang la pernah masuk tapi situasi skrg tak sama macam mana situasi aku dahulu. Pukul 11.10 pm kami berdua pon sampai kat MOIS PENANG, bila masa nak masuk je pintu kelab tersebut member2 aren dah ramai yang menanti, ramai juga amoi penang yang tunggu aren, maklum la...anak orang kaya. Dalam kelab malam tersebut aku lihat bermacam ragam manusia ada kaum india, cina malahan melayu pon ada, yang lebih menyedihkan aku kaum melayu beragama islam minum arak macam minum air kosong jerk, perempuan plak tu ada yang bercium dan macam2 lagi la... jauh benar mereka tersasar. Sedih aku lihat muda-mudi zaman sekarang, nak cakap tak cukup didikan tak mungkin sebab zaman sekarang dunia tanpa sepadan dan macam2 ilmu boleh didapati dengan mudah. Aku just layan jer melihat ragam mereka, yang pasti aku tahu yang mana buruk dan yang mana baik. kat sini aku sempat rakam ragam mereka.

Leka juga aku melihat mereka, sampai tak sedar jam dah pukul 3.30 am, aku pon ajak aren balik, mabuk teruk juga la budak cina neh, tapi tak per la...aku ada untuk bawa dia balik.

No comments: