Wednesday, February 17, 2010

Reunion SMKM

Pada mulanya niat aku untuk balik kampung adalah untuk hadir kenduri akikah anak akak aku, tapi pada pagi 14/2 aku dapat sms dari seorang rakan memberi aku no telefon bimbit kawan sekolah aku dulu, aku pon dail sebab kebetulan nak ajak dia mai kenduri rumah aku, last2 dia cakap ada Reunion SMKM kat Sky Bowl , Pacific Jam 8 malam. Aku mulanya agak segan nak join, tapi memandangkan dah dekat 9 tahun tak bersua aku pon beranikan diri berjumpa mereka, dalam hati neh usah cakap la... gementar ada, takut ada, happy yg amat sangat pon ada, petang tuh aku amat sibuk melayan tetamu sampai tertido, last2 tgk mimi , dhea dan mashimaro dah terpacak kat depan umah, he he he... maaf la yea, aku tertido sbb tuh layanan agak kurang mesra....hu hu hu. Punya la sibuk duk kemas rumah alih2 jam dah kul 7.45 ptg, alamak....aku dah lambat nak pi REUNION neh. Kelam kabut aku mandi dan capai ja baju aku....tapi aku mandi bersabun ok! ha ha ha...... nasib baik rumah aku tak jauh ngan Pacific... elok ja sampai aku tgk dah penuh ngan orang..aku sendiri tak perasan mana satu membe2 aku ...he he he.... dalam duk perati jer aku ternampak anak jari tunjuk kat aku, aku pon pi la kat dia...padahal aku dah tak cam sapa dia.... bila tgk dekat baru aku perasan... ala.. YADIN..... ha ha ha..... then hati aku makin riang dan mulut aku makin rancak bersembang.... tiba-tiba datang plak milia minta duit bowling...potong betul aku nak nyembang ngan team lama neh... hu hu hu.... walau pon dah jarang main bowling tapi prestasi aku agak baik skali.... he he he....tak caya?? moh tgk gambar neh!!



maaf ler....jam tak betul! he he he.... tapi point tu betul!


antara yang hadir, tapi ramai lagi yang aku belum jumpa [-( harap dapat jumpa ampa lagi



Terima kaseh kerana sudi hadir...moga persahabatan kita kekal abadi!

Lepas jer main bowling kali lepak makan, mula2 pi kat kedai sala tomyam kot, lambat nak tunggu order, last2 semua sepakat kat pi makan kat fast food ( KFC )



Muka lapar.... hu hu hu


Last skali nah....makan tak ingat......

Akan ku tunggu Next Reunion SMKM



Sunday, January 31, 2010

Kerja lagi......


Dari hari khamis sampai ke hari ini aku cuma sempat tido 14 jam jer... aduh... rasa macam nak pitam je kerja. tapi tak pe, dah memang kerja aku macam nih, nak buat macam mana kekadang walaupon penat kerja tapi melihat gelagat manusia sekarang buat aku rasa geli hati pon ada, nak ketawa pon ada, ianya buatkan aku tak terasa penat walaupon badan aku rasa sengal. Pagi tadi dalam kul 10 pagi aku dah kena buat pemantauan sekitar taman tasik taiping kerana ada GEGAR ERA, bila pegawai aku kata kena clearance kawasan dalam lingkungan 5KM persegi aku dah mula rasa penat, ha ha ha mana taknya kami cuma berlima jer, tapi nak clearance tempat tuh dalam lingkungan 5KM, kalau anak buah aku ada dalam 10 org tak pe la juga, tak de la letih sangat nak jalan kaki.
Habis je konsert GEGAR ERA dalam kul 1200 tgh malam aku pon balik ke pejabat buat kertas kerja aku yang tergendala semalam, nak kata kes ni menarik tak juga tapi kes ini buatkan aku sedar bahawa budak-budak zaman sekarang memang dah maju dan semakin maju dengan ikutan budaya barat, SEKS. Budak perempuan nih baru je berumur 14 tahun tapi dah pandai melakukan hubungan seks, tapi kalau di ikutkan repot dia beritahu bahawa kena rogol, setelah aku dapat keputusan ujian dari doktor pakar dapati tiada koyakan vigina. Nampak sangat bahawa ianya bukan kali pertama beliau melakukan seks. Tapi kerana dalam undang-undang Kanun Keseksaan sek. 375 bahawa samada rela atau paksa gadis yang berumur DIBAWAH 16 TAHUN tetap dikategorikan ROGOL. Parah budak lelaki yang rogol beliau tuh. Nak tak nak terpaksa la buka kertas siasatan ( KS ), aduh...lemah sungguh aku nak buka kes Seksyen 376 KK neh.
Sekarang tgk jam tangan aku dah pukul 6.30 pagi, perut pon dah lapar neh, last aku makan kul 1000 malam tadi, patut la perut aku asyik berbunyi jerk ha ha ha, terasa rindu nak makan makanan kat penang.... adoih...kan best kalau aku kerja kat penang, nak balik kampung pon dekat, tapi kerja lagi teruk dari taiping. Insyallah, kalau ada rezeki nanti aku akan berusaha minta Kenaikan Pangkat Secara Luar Biasa ( KPSL ) untuk ke Inspektor ( Doakan aku erk ) :))
Jom kita sarapan dulu.

Friday, January 22, 2010

Hari demi hari aku sibukkan diri aku dengan kerja, aku tak pasti sama ada perkara yang bermain di minda aku ini akan berkurangan atau hilang tetapi aku pasti yang aku tidak mahu memikirkan apa yang bermain diminda aku, walaupon aku diberi cuti tapi aku tetap ingin kerja, tahun ini ku rasa seperti berat masa berlalu, aku tak pernah rasa sebegini, aku hanya memikirkan satu saja cara untuk menghilangkan benda yang bermain di dalam kotak mindaku ini, iaitu KERJA. Biar teruk, biar bahaya namun aku tetap hadapinya, nyawaku sebulan dua ini hanya bermain dengan maut, aku pon kekadang terfikir juga, kenapa aku lakukan ini semua?? aku pon tak pasti dengan jawapan aku, yang aku tahu cuma semakin lama aku berhadapan dengan maut perasaan aku kembali GAH dan KUAT.Aku tak merasa gentar dan apabila kerap berhadapan dengan maut aku rasakan yang aku semakin ketagih, biarpon penat, biarpon tak cukup rehat, biarpon tak cukup makan tapi aku merasa puas, aku dapat rasakan yang kekuatan itu masih ada pada diriku, aku pernah berhadapan dengan maut sekali dan aku rasa itu sudah cukup, tapi jiwaku memberontak, aku tak mahu tenggelam dengan ketakutan, aku ingin teguh berdiri, soalnya mampukah aku teguh berdiri? sedangkan aku sangat kerdil. Biarpon ilmu penuh didada tapi dunia ini terasa luas, berbanding dengan ilmu yang aku perolehi. Ternyata pengalaman itu mematangkan aku, pengalaman itu juga akan aku jadikan iktibar dan pegangan hidup. Moga hidupku akan penuh bermakna! InsyaALLAH

Wednesday, September 30, 2009

Ragam Manusia

Semalam hidup aku penuh dengan pelbagai kejutan dan tekanan dari pelbagai segi, aku pon tak tahu macam mana nak cakap yang aku tahu kepala otak aku dah tak berjalan lancar seperti selalu bebanan kerja dan tekanan hidup membuatkan aku tak tentu arah, nak hilangkan tekanan dengan bersukan membe2 aku plak tak de untuk kongsi masalah, sehingga la petang semalam membe aku ajak pergi sambut buffday party dia di MOIS PENANG. Aku rasa berat nak pergi, tetapi memandangkan aren banyak membantu aku so aku tak nak la kecikkan hati dia, maklum la perangai chinese boy memang sensitif sikit. so dia cakap nak jemput aku kat opis pada kul 10 mlm, lepas je jemput aku kul 10 PM kami pon bertolak ke penang, hujan sepanjang perjalanan membuatkan aku rasa sejuk jerk. Dalam kepala otak aku duk fikir macam mana agaknya sambut birthday party kat kelab malam erk. Aku memang la pernah masuk tapi situasi skrg tak sama macam mana situasi aku dahulu. Pukul 11.10 pm kami berdua pon sampai kat MOIS PENANG, bila masa nak masuk je pintu kelab tersebut member2 aren dah ramai yang menanti, ramai juga amoi penang yang tunggu aren, maklum la...anak orang kaya. Dalam kelab malam tersebut aku lihat bermacam ragam manusia ada kaum india, cina malahan melayu pon ada, yang lebih menyedihkan aku kaum melayu beragama islam minum arak macam minum air kosong jerk, perempuan plak tu ada yang bercium dan macam2 lagi la... jauh benar mereka tersasar. Sedih aku lihat muda-mudi zaman sekarang, nak cakap tak cukup didikan tak mungkin sebab zaman sekarang dunia tanpa sepadan dan macam2 ilmu boleh didapati dengan mudah. Aku just layan jer melihat ragam mereka, yang pasti aku tahu yang mana buruk dan yang mana baik. kat sini aku sempat rakam ragam mereka.

Leka juga aku melihat mereka, sampai tak sedar jam dah pukul 3.30 am, aku pon ajak aren balik, mabuk teruk juga la budak cina neh, tapi tak per la...aku ada untuk bawa dia balik.

agak lama aku tak update blog aku neh. Bila sentuh jer keyboard neh rasa kekok plak... he he he... memang aku tak dapat nak update blog aku hari2 sebab aku sekarang memang sibuk dengan kerja, tapi hari neh aku penat sebab smlm aku ada ujian menembak RIFLE M16 COLT best juga sebab lama tak tembak senjata berat neh. Tapi pagi neh aku dapat tahu bahawa pistol lama aku SIG SAUER kena tukar dengan pistol baru WALTHER P99 nak tak nak terpaksa la aku tukar, tapi aku sayangkan pistol lama aku sebab kenangan aku dengan pistol lama aku.

neh la pistol baru aku, baru koyak dari plastik lagi....

Peluru leh isi sampai 15 butir jerk!


Walther P99 neh agak ringan berbanding dengan SIG SAUER aku.

Rasa macam best plak WALTHER P99 neh... he he he


Tapi SIG SAUER neh banyak kenangan :(


Nak tak nak kena la pulangkan balik... kan bagus kalau pakai dua pistol...


Neh la peluru RIFLE M16

Neh selepas ujian menembak RIFLE M16







Friday, September 25, 2009

Walaupon bulan ramadhan aku agak sibuk dan tak sempat nak balik kampung berbuka bersama keluarga aku tapi aku puas kerana dapat berbuka bersama sahabat dan rakan-rakan aku kat penang.... thanx buat YANA yang arrange majlis berbuka pada kali ini... tapi yang lecehnya semua kena pakai baju kaler PINK sebab tema tahun neh ditetapkan kaler PINK..
walaupon aku tak pernah pakai baju kaler PINK tapi kerana persahabatan aku beli juga baju kaler PINK


Semua jemputan mengambil tempat masing2...

Tengok tombaks macam dah tak sabar nak makan... he he he

Pasangan Kekasih yang hot pada masa sekarang.. PENYUXP dan WAWA


Nampak manja jer pasangan neh pakai baju kaler PINK


Mellah LAMPI yang selalu datang lambat.....


geng pulau yang hadir pada majlis tersebut....thanx korang....


En Tahir ( HCJ ) yang bersemangat sekali pakai baju kaler PINK

aku pon terjebak sekali pakai PINK... tapi tak perasan kaler PINK kan :>

Fizah, Menah dan Pasangannya

Fizah bersama ibunya... nampak macam adik dan kakak kan....

Tombaks yang ayu.... hu hu hu

Antara yang hadir pada majlis berbuka kat HAMMER BAY
Selesai jer majlis berbuka kat HAMMER BAY kami pon teruskan sesi bergambar

Thanx iela sebab sudi hadir....harap2 ko tabah harungi hidup ini....

Kamilah JEJAKA PINK


team buli penang.... OPSSS!!!!


neh la bonzer aku.... ha ha ha ha


Nampak ayu seh yana malam tu..... ha ha ha


kami memang giler lensa... kata mellah la... ha ha ha


KAMI SKER PINK



Agak lucah pic neh.. ha ha ha ha

sapa2 nak berkenalan sila msg aku.... hu hu hu tapi dia bkn GAY OKEH!!!!


Muka penat selepas main bowling... hu hu hu ....
walau apa pon aku tetap enjoy bila bersama ngan team penang... thanx to u all!!

Agak lama aku menyepi dari menatap blog aku bukan kerana aku sudah bosan mengadap atau menulis blog aku ini tetapi byk kerja yang perlu aku selesaikan, sememangnya aku amat sibuk apabila menjelang BULAN RAMADHAN, banyak sangat komitmen aku pada bulan ramadhan ini, Aku tak nak cakap banyak sebab aku cuma nak upload gambar futsal di pandan perdana ari tu. he he he.. lambat upload sket sebab agak bz loRh....

sampai jer kat TOTAL FUTSAL terus makan eskrem... sebab agak panas lorh.....
















Muka tombak yang kepenatan... he he he











Salah satu team wanita yang main futsal...BEDAH



neh la DIVA futsal hu hu hu hu..... sapa2 yang nak kenal diorang... SORRY erk. hu hu hu
Inilah jejaka paling kacak masa futsal ari tuh... he he he,......




neh la gadis kamera yang di import dari penang... hu hu hu... sahabat aku yang paling rapat ok..

Semua peserta dan AJK yang memeriahkan VF FUTSAL 2009. Cayalah korang....

Wednesday, August 26, 2009

Tiket keretapi

Tiga orang guru matematik dan tiga orang guru sains pergi kursus bersama menaiki keretapi. Di stesen keretapi tiga orang guru matematik membeli tiket mereka masing-masing tetapi guru2 sains pula hanya membeli satu tiket sahaja. "Macamana kamu boleh pergi kalau hanya beli satu tiket untuk kamu bertiga?"..Tanya salah seorang guru matematik kepada guru sains... "Kamu tengok jela nanti" Jawab guru sains ringkas. Mereka berenam menaiki ke dalam keretapi. Guru2 matematik duduk di tempat masing-masing dan kelihatan guru2 sains berhimpit2 masuk ke dalam bilik air. Setelah keretapi bertolak konduktor keretapi berjalan mengutip tiket, dia mengetuk pintu bilik air dan berkata "TIKET!..TIKET!". Pintu terbuka dan hanya sebelah tangan kelihatan menghulurkan tiket. Konduktor tersebut mengambil dan beredar. Guru matematik melihat adegan tersebut dan merasa bahawa guru2 sains tersebut amat bijak. Setelah selesai kursus guru2 matematik ingin mencuba cara guru sains buat lalu hanya membeli satu tiket untuk pulang. Tetapi yang pelik nya guru2 sains tersebut lansung tidak membeli walau satu tiket... Lalu guru2 matematik kehairanan dan bertanya "Macamana kamu nak balik kalau lansung tidak membeli tiket?"..Dengan bongkak guru sains menjawab "korang tengok je la nanti"... Setelah mereka menaiki keretapi guru2 matematik berhimpit di bilik air dan guru2 sains juga berhimpit masuk ke dalam bilik air yang lain. Dan keretapi pun bertolak... Setelah seketika salah seorang guru sains keluar dari bilik air dan pergi kedepan pintu bilik air yang guru2 matematik bersembunyi. Guru sains itu mengetuk pintu bilik air tersebut dan berkata "TIKET..TIKET"... .

Cikgu Dengan Pensyarah

Ada dua orang lelaki dalam perjalanan menaiki keretapi. Salah seorang adalah seorang guru di sekolah menengah dan seorang lagi pensyarah di sebuah universiti. Mereka duduk bersebelahan . Si guru menghabiskan masa nya didalam keretapi hanya dengan termenung ke arah tingkap keretapi dan menikmati permandangan diluar. Manakala si pensyarah resah seketika kerana tidak dapat membuat apa dan memikir kan apa-apa. Akhirnya si pensyarah sangat bosan lalu berkata kepada si guru, Hai... apa kata kite bermain sesuatu permainan ... saya amat bosan.. Terkejut seketika si guru tetapi tidak mengendah kan si pensyarah lalu menyambung tenungannya itu kearah tingkap keretapi dan mendiamkan diri. Si pensyarah tergaman dan sekali lagi mengajak si guru bermain permainan Hey awak nk bermain satu permainan kuiz tak... Saya bagi satu soalan kalau awak tk dpt jawab awak bagi saya RM5 dan awak tanya saya satu soalan kalau saya tk dpt jawab saya bagi awak RM5 Si guru terfikir seketika..tetapi apabila memikirkan dia adalah pensyarah universiti mestilah lebih bijak daripadanya. Dengan sopan die menolak pelawaan si pensyarah. Si pensyarah agak geram dan kecewa dan cuba untuk kali terakhir.. Ok kalau cmtu macam ni..saya bagi satu soalan kepada awak..awak tk dpt jwb awk byr saye RM5 dan awk bagi soalan kat sya kalau sya tk dpt jawab saya kene byr awk RM50 Si guru terfikir..dia sememangnya tidak terlalu bijak dari pensyarah tetapi dia tidak bodoh. Lalu menerima perlawaan si pensyarah.
Si pensyarah memulakan soalan nya Berapakah jarak antara Bumi ke bulan dan ke planet marikh balik ke bumi..Si guru sememangnya tidak mengetahui jawapanya. Tanpa berfikir panjang jawapannya si guru terus memberikan RM5 kepada si pensyarah. Si pensyarah tersenyum gembira lalu berkata Sekarang giliran kamu pula..tanyalah apa-apa soalan pun Si guru berfikir sejenak lalu berkata erm ok... soalan nya..Apa benda yang naik ke gunung berkaki 3 tetapi apabila turun dari gunung berkaki empat... Si pensyarah berkerut seketika memikirkan jawapan nya..lalu mengeluarkan notepad untuk mengira sesuatu..tidak jugak mendpat jawapan..lalu membuka laptop nye surfing ke enklopedia tetapi tidak juga mendapat jawapannya. Setelah hampir sejam masih tidak mendapat jawapan..Si guru naik bosan menunggu menyambung termenung melihat permandangn di luar keretapi. Akhirnya si pensyarah berputus asa lalu mengeluarkan duit sebanyak RM50 dan memberikan kepada si guru. Si guru menyambut nya dengan girang... .Lalu terus memandang ke arah tingkap dan menyambung tenunganya ke permandangn di luar..Tiba-tiba si pensyarah bersuara..Nanti dlu... kamu tidak boleh buat saya macam ni... Apakah jawapan kepada soalan kamu tadi? Si guru melihat tenang ke arah si pensyarah lalu menghulurkan kepadanya RM5.

Saturday, August 22, 2009

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan

Kita sebenarnya lebih gembira menyambut 1 Januani daripada menyambut 1 Muharram,


Kita lebih tahu apa itu 14 Febryari daripada 12 Rabiulawal,


Kita lebih suka melepak tengok tv dari menunaikan Solat,


Kita lebih suka menyebut Hello dari memberi salam 'Assalamualaikum',


Kita lebih suka menyanyi dari berwirid atau berzikir,


Kita lebih suka pergi ke konsert dari mendengar ceramah agama,


Bila kita ditanya kemanakah kita apabila MATI nanti pasti semua menyebut ke 'SYURGA' dari 'NERAKA'


Tetapi adakah kita terfikir, layakkah kita untuk ke syurga?Mari kita renungkan bersama. Semoga bulan ramadhan ini memberi keinsafan dan cahaya kepada kita.


Selamat Berpuasa kepada semua umat islam diluar sana.

Saturday, August 15, 2009

Kerja Kerja Kerja

fuhhh....penat aku kerja minggu neh... kira-kira aku sempat tido tak sampai 15 jam dalam 8 hari neh.... dah la dari kul 0700 hrs 7 hb tuh aku kerja sampai 0700 hrs 8 hb lepas jer abes kerja aku terus amek bus ke Kuala Lumpur join VF Futsal kat Total Futsal Pandan Perdana di Cheras, (nanti aku masukkan pic kat futsal) balik ke taiping plak kul 0120 10 hb pastu kul 0200 hrs 10 hb tuh aku terus kerja sampai la ke ptg...pastu kena naik mahkamah turun mahkamah pasal kes ganja itu ari.. penat aku ngan member aku wat kerja... aku bukannya nak mengeluh ataupon nak pertikaikan kerja aku, cuma aku tak puas hati sebab kerja teruk tapi badan aku makin naik.... ha ha ha ha.... tapi aku sukakan cabaran...aku sker kerja yang mencabar...kekadang tak kerja pon aku tido lewat...hari neh pon abes kerja aku lepak2 kat warung mamak ngan member aku pastu balik aku update blog, nak main PS2 pon tak de geng nak lawan bola...he he he... dah lama gak la aku tak layan PS2 aku tuh.. nak main pon dah rasa macam kekok jerk... he he he...

Pagi neh aku nak tido tapi takut tak bangun plak kul 0800 hrs nanti... nak berjaga pon mata aku dah tak larat nak buka neh... tapi aku kena la gagah jua sebab 'orang lama' pon aku tengok steady jer... aku takkan mengalah... he he he....kerja tetap no 1... awek aku no-2 he he he walau pon aku masih lagi tak de awek....he he he... salamzzz

Tuesday, July 28, 2009

Mati Hidup Kembali

Mungkin betul kata orang tua-tua pantang maut sebelum ajal, hmmm...hari neh aku terasa seperti mati hidup kembali, aku dulu selalu gak bermain dengan senjata api tetapi entah kenapa semenjak dua menjak neh hati aku rasa kurang tenteram, mungkin ianya satu petanda tapi aku pon tak pasti apa yang berlaku pada diri aku sendiri, semalam aku kerana guide satu team dari cawangan narkotik bukit aman buat serbuan keatas sebuah rumah disyaki PUSHER besar area sini, lokasi rumah tersebut memang la aku tahu, so dalam kul 2030 hrs kami pon bertolak, sampai ke kat lokasi aku pon terus tunjukkan lokasi tersebut kepada team narkotik yang diketuai oleh ASP ********** ( terpaksa rahsia erk ) pegawai tersebut menyuruh kami 10 orang mengepung rumah tersebut manakala 3 lagi berada di luar kawasan bagi memerhati, setelah diintip dapati memang benar rumah tersebut adalah TARGET yang diorang ekori. Tanpa berlengah lagi pegawai tersebut terus menyerbu rumah tersebut dan mula la acara kejar mengejar, semasa kejadian kejar mengejar aku terdengar bunyi tembakan, alih-alih aku lihat peluru yang dilepaskan oleh penjenayah betul2 melalui tepi bahu aku, dengan pantas aku tunduk lalu mencari ruang serta POINTER untuk membalas tembakan. Selepas semuanya selesai kami membuat pemeriksaan di seluruh rumah dapati 91 ketul dipercayai ketulan mampat GANJA berat lebih kurang 86,822 gram.


Setelah selesai kerja dan sampai di rumah aku termenung seketika, kalaulah peluru itu betul2 terkena pada badan aku entah dimana akan aku berada, aku terus telefon pegawai aku dan beritahu bahawa aku minta on leave sehari kerana kurang sehat padahal otak aku berkecamuk memikirkan pasal kejadian awal pagi tadi. memang ngeri bila aku teringatkan kejadian tersebut. Selepas selesai mandi aku masuk pejabat untuk selesaikan fail-fail dan terus pergi ke Lumut untuk merehatkan diri serta cari ketenangan otak seketika. Yang penting aku masih bernyawa dan bernafas untuk menghirup udara segar, SYUKUR YA ALLAH, KAU PANJANGKAN UMUR UMATMU INI.

Tuesday, July 21, 2009

Snuker


Hari ni di pejabat aku memang stress dan tension, banyak sangat kerja yang aku kena buat, membe aku yang dua orang tu plak cuti.... adoi...time kerja bertimbun neh plak korang berdua cuti erk. neh mesti kes balas dendam sebab ari tuh aku cuti tinggalkan mereka berdua buat kerja, memang padan la muka aku. he he he, nasib baik la ader membe2 lama aku ajak kuar main snuker, mula2 nak main lucky ball tapi tak cukup 'kaki' plak nak main, terus kami main snuker dari kul 11 malam sedar tak sedar dah kul 4 pagi, aku pon terus minta stop sebab kerja kat pejabat ada lagi yang belum settle. Layan jer pic aku main, he he he
Juara tetap JUARA beb, he he he

macam profesional jerk har har har

gaya-gaya 'long shoot'

thanx korang sebab belanja aku main free ha ha ha

Kerja

Pagi tadi dalam pukul 0600 hrs pegawai @ boss aku tepon bagitau suruh amek beberapa B100 untuk digunakan bagi latihan dalam perkhidmatan, aku pon dah la semalam tak cukup tido, alih-alih awal pagi kena plak pi amek 'keta kebal' neh kat ipoh, memang angin la aku... tapi tak pe... dah kerja aku macam neh... aku nak buat macam mana, terima ajer la. Pukul 0700 hrs aku dah terpacak dengan keta aku untuk amek pemandu2 'keta kebal'. Sampai jer kat ipoh pada kul 0810 hrs aku pon suruh pemandu 'keta kebal' neh amek kunci dan bawa keta kebal neh kat tempat kerja aku. Dalam perjalanan tu punya la slow mereka bawa ( keta kebal leh bawa 40 km/h ) aku pon dah la ngantuk, time balik drive kete sesorang plak tu, memang mengantuk giler. Nasib baik ada teman 'Dunhill' untuk aku bertahan, sampai je kat tempat kerja aku pon suruh pemandu 'keta kebal' neh letak 'keta kebal' mereka dan balik rumah, sebab aku pon dah penat + mengantuk. Tak sempat nak balik tido boss aku plak panggil suruh siapkan dokumen jenayah sebab esok pagi dia nak meeting, adui la.. robot pon tahu gak rehat.

Keta kebal version 2020


keta aku pon nak masuk sama, ha ha ha