Thursday, May 13, 2010

Susah betul nak baca hati dan menjaga perasaan manusia neh, tambah2 lagi nak puas hati kawan-kawan sekeliling kita. Kekadang apa yang mereka lakukan itu amat menyakitkan hati tapi aku kerap bersabar dan memahami keadaan mereka kerana aku tak sanggup kehilangan kawan-kawanku, tapi aku juga punya tahap kesabaran tertentu, jika ada kesalahan yang aku lakukan aku sanggup minta maaf tapi takkan kerana kesalahan sebegitu kecil sanggup putus kawan? hairan aku dengan gelagat manusia sekarang, entah apa yang ada dalam kotak minda diorang sehinggakan terlalu mengikut emosi, aku tak mengharapkan balasan keatas apa yang telah aku hulurkan tapi aku cuma minta sedikit hormat kepada mereka kerana perasaan itu membuatkan aku merasa selesa dengan pergaulan dan aku inginkan perhubungan yang berpanjangan. Walau apa pon yang mereka fikirkan aku mangharapkan kembali kemanisan bersama kamu. Kerana aku ingin kembali hidupku yang normal, yang penuh dengan gelak ketawa, aku cuba untuk berubah tetapi penerimaan mereka masih lagi sinis terhadap aku, adakah aku patut kembali ke jalan lama?? jalan yang hampir memusnahkan aku, jalan yang selalu menyesatkan anak-anak adam, aku hanya manusia biasa. Tak mustahil suatu hari nanti emosi mengatasi mindaku. Walau apa pon aku cuba menjadi yang terbaik. semoga niatku ini berpanjangan.

1 comment:

!eNa PnG said...

salam jax...

hang ok ka...?
nampak macam perit sangat ja.. peseipa?habaq mai.. kalo buleh kongsi.. silakan... aku sudi nak dengaq...