Wednesday, April 7, 2010

Kami Prihatin


Sudah kering air mata kita melihat kejadian pembuangan bayi yang kini kerap berlaku dan mengapa ianya berlaku?? siapa yang perlu disalahkan dalam hal ini??? semuanya terjadi kerana kesilapan kita, tapi mengapa mereka tidak punya sedikit perasaan terhadap bayi yang tidak berdosa itu?

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan berita pembuangan bayi di melaka, sedih dah pilu aku rasakan tergamaknya seorang manusia membuang bayi yang baru hendak mengenal dunia ini semata-mata kerana hendak menutup aib sendiri, kenapa kerana perbuatan kita bayi yang tak berdosa menjadi mangsa? agaknya akal yang dikurniakan kepada kita sia-sia sahaja. Tiada perkataan yang layak untuk mereka yang tergamak membuang darah daging sendiri dan tiada apa yang aku hendak katakan kepada mereka kerana binatang yang keji lagi hina pon sayangkan anak mereka kita manusia yang dikurniakan akal fikiran tidak mampu menyayangi anak kita sendiri? sampai bilakan pembuangan bayi ini akan tamat?? Sama-samalah kita renungkan.


1 comment:

LoveShak said...

buat pandai...tanggung xberani...