Monday, May 24, 2010


Ada sebuah perkampungan yang dihujung bukit tinggal seorang nenek tua, tiap2 pagi nenek yang uzur ini akan letakkan kayu ditengah2 dua buyung air dan menggalas buyung tersebut dibahunya untuk ambil air dihilir sungai, buyung di sebelah kiri agak lusuh dan retak sedikit manakala pada buyung sebelah kanan nenek memang cantek dan sempurna, setelah nenek mengambil air di hilir sungai dan menuju balik ke rumah buyung di sebelah kiri nenek akan menumpahkan air disepanjang perjalanan kerana buyung tersebut telah retak, buyung di sebelah kiri merasa sedih kerana setiap kali mengambil air di hilir sungai buyung tersebut selalu balik dengan separuh air, buyung yang sebelah kiri nenek juga kerap merasa rendah diri dengan keadaannya, setelah sebulan lamanya dan semasa perjalanan balik ke rumah dari hilir sungai buyung tersebut berkata kepada nenek tua itu " nenek, saya rasa saya tidak berguna dan kerap menyusahkan nenek, dihilir sungai nenek isi saya dengan penuh, apabila sampai dirumah tinggal separuh sahaja, saya cuma menyusahkan dan membebankan nenek aja" nenek tersenyum lalu berkata " cuba kamu lihat laluan sebelah kiri nenek sepanjang perjalanan ke rumah" buyung tersebut berkata " saya cuma nampak pokok bunga" nenek berkata lagi " cuba kamu pandang sebelah kanan nenek pula " buyung tersebut melihat laluan denai tersebut dan cuma nampak tanah sahaja lalu berkata kepada nenek " saya cuma nampak tanah sahaja nenek" nenek tersenyum kecil dan berkata " nenek tahu bahawa buyung kamu retak tapi nenek tak mahu kamu merasa rendah diri sebab itulah nenek galas kamu supaya kamu dapat curahkan air kepada pokok bunga disepanjang laluan supaya nenek dapat petik bunga tersebut untuk diletakkan di rumah nenek" buyung tersebut kembali bersinar dengan penuh semangat,

aku pon tak berapa ingat sangat cerita nih sebab cerita nih arwah tok wan aku yang ceritakan kepadaku semasa aku kecil2 dahulu, tapi ceritanya banyak membantu aku dalam kehidupan yang penuh dugaan ini, aku masih rindukan arwak atuk aku, moga rohnya ditempatkan dalam golongan orang-orang yang beriman. Amin

No comments: