Sunday, January 31, 2010

Kerja lagi......


Dari hari khamis sampai ke hari ini aku cuma sempat tido 14 jam jer... aduh... rasa macam nak pitam je kerja. tapi tak pe, dah memang kerja aku macam nih, nak buat macam mana kekadang walaupon penat kerja tapi melihat gelagat manusia sekarang buat aku rasa geli hati pon ada, nak ketawa pon ada, ianya buatkan aku tak terasa penat walaupon badan aku rasa sengal. Pagi tadi dalam kul 10 pagi aku dah kena buat pemantauan sekitar taman tasik taiping kerana ada GEGAR ERA, bila pegawai aku kata kena clearance kawasan dalam lingkungan 5KM persegi aku dah mula rasa penat, ha ha ha mana taknya kami cuma berlima jer, tapi nak clearance tempat tuh dalam lingkungan 5KM, kalau anak buah aku ada dalam 10 org tak pe la juga, tak de la letih sangat nak jalan kaki.
Habis je konsert GEGAR ERA dalam kul 1200 tgh malam aku pon balik ke pejabat buat kertas kerja aku yang tergendala semalam, nak kata kes ni menarik tak juga tapi kes ini buatkan aku sedar bahawa budak-budak zaman sekarang memang dah maju dan semakin maju dengan ikutan budaya barat, SEKS. Budak perempuan nih baru je berumur 14 tahun tapi dah pandai melakukan hubungan seks, tapi kalau di ikutkan repot dia beritahu bahawa kena rogol, setelah aku dapat keputusan ujian dari doktor pakar dapati tiada koyakan vigina. Nampak sangat bahawa ianya bukan kali pertama beliau melakukan seks. Tapi kerana dalam undang-undang Kanun Keseksaan sek. 375 bahawa samada rela atau paksa gadis yang berumur DIBAWAH 16 TAHUN tetap dikategorikan ROGOL. Parah budak lelaki yang rogol beliau tuh. Nak tak nak terpaksa la buka kertas siasatan ( KS ), aduh...lemah sungguh aku nak buka kes Seksyen 376 KK neh.
Sekarang tgk jam tangan aku dah pukul 6.30 pagi, perut pon dah lapar neh, last aku makan kul 1000 malam tadi, patut la perut aku asyik berbunyi jerk ha ha ha, terasa rindu nak makan makanan kat penang.... adoih...kan best kalau aku kerja kat penang, nak balik kampung pon dekat, tapi kerja lagi teruk dari taiping. Insyallah, kalau ada rezeki nanti aku akan berusaha minta Kenaikan Pangkat Secara Luar Biasa ( KPSL ) untuk ke Inspektor ( Doakan aku erk ) :))
Jom kita sarapan dulu.

1 comment:

!eNa PnG said...

rajin nya keje jaxroi uii.....