Monday, June 15, 2009

Sepi Itu Indah



Huh, penat betul kerja ari neh, banyak lagi kerja yang perlu aku siapkan untuk minggu neh, tapi dah nama pon kerja, mesti la kena buat. he he he.
Hari ni tiada apa yang menarik untuk dikarangkan cuma ramai yang tanya aku mengapa Sepi Itu Indah? mungkin diorang tak faham bahawa aku memang suka sepi.. tak ramai yang faham dengan perangai aku, cuma arwah atuk aku je yang faham dengan perangai aku.
Budak2 tempat aku kerja pon selalu perli aku Sepi Itu Indah. Aku senyum ajer, memang diorang takkan faham bahawa aku tidak suka dikasihi dan disayangi sebagai KEKASIH, tak tahu kenapa tetapi aku memang tidak ambil kisah sangat pasal CINTA neh. Orang tua aku kat kampung pon asyik desak aku kawen ajer, aku bukannya tak nak kawen, tapi calon tak de....mungkin jodoh belum sampai lagi kot, itu aja alasan aku pada mak dan ayah aku.
Aku lebih senang keluar sorang2 ikut aku aja kemana aku nak pergi dan buat, takde sapa peduli aku balik atau tak, aku tak suka dikonkong dan diarah itu ini. Tetapi cakap org tua kena la patuh he he he, bila berjalan sesorang neh macam2 benda yang ingin aku buat, terutama sekali tangkap gambar pemandangan dan ciptaan-NYA. Bila lihat ciptaan-Nya aku merasa diri ini amat kerdil sekali. Alangkah indah alam ini tapi kita manusia selalu merosakkan kurniaan yang telah diberikan kepada kita.
Sepi itu indah jika kita mendalami sedalam dalamnya tentang kurniaan yang telah ALLAH berikan kepada kita ( umatNYA ) ramai antara kita tidak pernah syukur dengan apa yang kita ada, memang kita patut mencari kebahagiaan duniawi tetapi jangan sesekali kita alpa tentang bekalan kita untuk dunia yang kekal abadi. Kita tidak tahu bila dan dimana ajal kita, sebab itu lah kita perlu menikmati kurniaan dan mensyukuri nikmat yang telah ALLAH berikan.
Untuk sahabatku iela @ ros aku berdoa agar kau tabah dan dan sabar mengharungi kehidupan yang pebuh pancaroba ini, walaupon sedih tapi kentalkan hati depan adik2 kerana kalau kita lemah orang disekeliling kita pon akan lemah sekali. Memang perit dan hebat tamparan yang kau hadapi aku pon pernah merasakan apa yang kau alami sekarang cuma aku pinta agar kau kuatkan semangat kau demi adik2 kau. Mereka sekarang cuma ada kau sahaja sebagai tempat untuk meluahkan perasaan mereka. Aku harap kau faham dan sayangi mereka sepertimana arwah emak kau layani mereka. Jangan sesekali lupa sedekahkan Al-Fatihan untuk arwah dan doakan semoga arwah ditempatkan dikalangan orang yang beriman. AMIN.

3 comments:

fasury said...

dulanG paku serpih r mu nih..suh aku kawen, mu sendrik xdOp cOlan..hahaha!!

salam takziah tuk iela




p/s: amende r lmn sembang mu, x rOck lGsG..lembab!

JaxkJs said...

oit...kutuk aku plak...sekeh pala baru mung tahu

EiLa said...

hehehe...nak mai menyengeh je...:))